FIND US ON

MISTERI DILAILA* 

PG -13     82 minutes     Malay     2D


Synopsis

Pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglo di Fraser Hill, Pahang milik arwah bapa Dilaila. Malam pertama di rumah tersebut, Jefri telah diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya sudah hilang. Jefri yang risau dengan keselamatan isterinya terus menghubungi pihak polis untuk mengesan Dilaila. Imam Aziz muncul dengan berita gembira memaklumkan Dilaila sudah dijumpai dan berada dalam keadaan selamat. Jefri yang pada mulanya berasa lega kini terkejut dengan kepulangan isterinya kerana wanita yang muncul bersama Imam Aziz adalah orang lain yang mengaku dirinya adalah Dilaila, isteri Jefri. Persoalannya siapakah yang betul dan siapakah yang salah dalam situasi ini? Saksikan Misteri Dilaila, sebuah filem dengan plot twist yang tidak pernah dilihat sebelum ini yang pasti membuatkan anda terperangkap dalam andaian minda.

Categories
Horror, Thriller

Director

Syafiq Yusof

Starring

Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor, Sasqia Dahuri